Assalamualaikum.
mentaliti: cara atau corak pemikiran
Sebagai seorang remaja yang cuba memahami dunia dan suasana sekeliling, aku lebih suka menjadi pemerhati. Semua orang yang mengenali aku akan melabel aku sebagai budak yang senyap a.k.a. sombong. Inside of me sebenarnya, banyak benda yang aku nak cakap. Mungkin tak terkeluar samada aku terlalu malu (baca: takut) atas judgement masyarakat or aku sekadar menghormati masyarakat dengan tidak membincangkan tentang cara hidup mereka iaitu cara hidup aku, cara hidup kita.
Ya. Aku akui sebagai remaja aku memang suka memberontak. Banyak benda yang aku tak puas hati. Aku sakit hati bila aku tak ada kuasa untuk corakkan hidup aku sendiri. Aku marah kepada mereka yang cuba mengarah-arah aku. Aku marah sebab mentaliti kita berbeza. Kita berbeza kerana suasana yang membesar itu sangat-sangat berbeza. Namaun amukkan anak hingusan seperti ini, siapa aja yang peduli? Para menteri? Mereka yang berkolar putih? Petuihh. Sedikit pon mereka tidak gentar.
Aset negara seperti kita ini mereka anggap seperti langau yang memekak di telinga mereka. Mereka pikir kuasa itu memang milik mereka selamanya. Mereka lupa tanah ini, tanah kita bersama. Tanah yang perlu kita tadbir bersama.
Arghh..
entri ini juga satu pemberontakan kan?
ReplyDeleteyeahh
Sca Ndx: this is called silence rebel.
ReplyDelete